Sambutan Hari Raya Aidil Fitri SMAPG 2018.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri SMAPG 2018 telah diadakan pada hari Rabu, tanggal 27 Jun 2018 yang lalu bertempat di dewan terbuka sekolah. Majlis yang diadakan mulai jam 10.30 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan hari raya wakil pelajar, ucapan hari raya wakil guru dan ucapan pengetua.  Di samping itu, para hadirin telah dimeriahkan dengan persembahan Qasidah dan nyanyian nasyid Hari Raya oleh para pelajar.  Pelbagai juadah hari raya disediakan. Para tetamu yang telah hadir menyerikan majlis ini ialah para pegawai daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan juga wakil-wakil masyarakat setempat.  Pada majlis yang sama, pihak penganjur telah mengadakan sambutan hari lahir pengetua yang jatuh pada hari yang sama.