Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sesi Persekolahan Tahun 2019

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada semua murid tahun 6 tahun 2018 yang berkelayakan untuk memohon memasuki sekolah ini untuk sesi persekolahan tahun 2019.  Syarat-syarat kemasukan adalah seperti di bawah:
  • Sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam semua mata pelajaran UPSR tahun 2018.
  • Boleh membaca Al-Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Arif dan tahu sembahyang/solat.
  • Lulus Ujian PAFA (UPSR)
  • Berumur 13 tahun atau 14 tahun yang lahir pada 31hb Disember.
  • Lulus Pendidikan Islam.
  • Lulus Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)adalah satu kelebihan.
  • Pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  1. Calon-calon yang berminat hendaklah hadir pada tarikh berkenaan untuk mendaftar.  Sila bawa kad pengenalan dan slip keputusan UPSR untuk mendapatkan id pemohon.  Dengan menggunakan id yang diberi, calon-calon hendaklah mengisi borang secara online. 
  2. Calon-calon dikehendaki hadir untuk Ujian kemasukan dan temuduga pada tarikh ditetapkan dan bawa bersama salinan sijil-sijil yang dinyatakan dalam slip id pemohon untuk pengesahan dan semakan pihak sekolah.  Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

Tarikh Penting

Tarikh Permohonan : 29 Nov 2018 – 4 Dis 2018

Tarikh Tutup : 4 Dis 2018 Selasa jam 12.30 tgh.

Tarikh temuduga : 5 Disember 2018 Rabu

Tarikh keputusan dan pengesahan  : 10 Dis – 13 Dis 2018

Tarikh rayuan : 16 Dis – 20 Dis 2018

Keputusan Rayuan : 20/12/2018

Tarikh Pendaftaran : 31 Dis 2018

Tarikh Persekolahan : 1/1/2019

CARA MEMOHON

  1. Sila dapatkan ID Pemohon di pejabat sekolah dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM 10.00.
  2. ID Pemohon akan digunakan untuk mengisi Borang Permohonan Tingkatan 1/2019 secara online selepas keputusan UPSR diumumkan.
  3. Sila sediakan maklumat-maklumat borang permohonan terlebih dahulu sebelum login.

Maklumat borang permohonan telah dinyatakan dibawah:

  1. Maklumat Peribadi murid
    • Nama
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Keturunan
    • No Surat Beranak / Kad Pengenalan
    • Sekolah Kebangsaan
  2. Keputusan UPSR
  • Angka Giliran
  • Keputusan UPSR
  1. Maklumat waris
    • Nama
    • K/P
    • Warganegara
    • Umur
    • Pekerjaan
    • Pekerjaan Suami / Isteri
    • No Telefon (r)(p)(h/p)
    • Alamat
  1. Laporan Pencapaian Murid
  • Pencapaian dalam j-QAF
  • Keputusan Pencapaian KAFA/UPKK/SRA
  1. Penglibatan dalam Kokurikulum
  • Uniform, Kelab dan Sukan Permaina
  • Jawatan & Pencapaian
  • Jawatan Khas
  • Bonus Pencapaian Istimewa
  • Wakil sekolah

Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2019 SMA Pekan Gurun (sila klik) 

Pemohon boleh juga menggunakan QR Code Reader untuk membaca kod di bawah dan mengisi borang permohonan.