Sesi Persekolahan 2019 dan Jadual Waktu Tingkatan

Esok akan bermulalah sesi persekolahan tahun 2019, Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar. Pada kebiasaannya, para pelajar telah bersedia dan bersemangat untuk memulakan hari pertama persekolahan. Hari untuk bertemu rakan-rakan baru dan guru-guru. Pastikan para pelajar membuat persediaan berikut sebelum ke sekolah.

  • Pastikan buku-buku untuk esok telah disediakan.
  • pastikan pakaian telah disediakan.
  • Tidur awal.
  • Bangun awal dan datang awal.

Hari yang pertama 1 Januari 2019, masa pertama akan kita mulakan dengan perhimpunan pagi bagi mendengar amanat dan halatuju sekolah daripada Tuan Pengetua. Selepas itu, kita akan teruskan dengan sesi P & P sehingga jam 2.10 ptg. Diikuti dengan solat Zohor berjemaah dan bersurai untuk pelajar berulang. Manakala pelajar asrama akan mengikuti program mereka sendiri. Untuk pelajar tingkatan 1 akan diteruskan dengan Program suai kenal (Orientasi) mulai 3.00 ptg hingga selesai solat Asar bermula 1 Januari 2019 hingga 3 Januari 2019.

Para pelajar yang tidak sempat untuk mengambil jadual waktu tingkatan. Sila klik pautan di bawah:

Jadual Waktu Tingkatan 1 hingga 5 tahun 2019 SMA Pekan Gurun