“Majlis Lambaian Kasih, Sesaat Bersama Seabad Terasa” bersempena perpisahan Ustaz Nazri Bin Hamid, Pengetua SMAPG

“Majlis Lambaian Kasih, Sesaat Bersama Seabad Terasa” bersempena perpisahan Ustaz Nazri Bin Hamid, Pengetua SMAPG telah diadakan pada 3 Mac 2019. Ustaz Haji Nazri bin Hamid telah bertukar Ke SMA Ihya Ul Ulum Ad Dinniah. Bersempena dengan pertukaran ini, beliau telah diberi penghormatan untuk mengadakan Pelancaran Lagu Sekolah SMAPG, Perasmian Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi dan Perasmian Bilik Inovasi Al-Jazari. Beliau juga telah diraikan dalam majlis yang meriah dengan titipan sajak dan nasyid daripada guru dan pelajar sekolah ini. Warga sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti di sekolah ini semoga beliau dapat meneruskan kepimpinan di sekolah barunya.