Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2020

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2020 pada hari ini Khamis, 20 Feb 2020. Pihak sekolah telah menyerahkan peruntukan yang diterima kepada waris dan pelajar yang layak. Syarat kelayakan ialah waris yang berpendapatan RM3 000 kebawah sahaja. Seramai 195 orang pelajar mendapat manfaat daripada pemberian wang ini. Pihak sekolah berharap para pelajar yang mendapat BAP ini menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya untuk membeli peralatan atau barangan sekolah yang penting untuk kegunaan semasa pembelajaran.