Kebenaran Untuk Mengambil barangan di asrama dan sekolah.

Pihak pengurusan sekolah memberi kebenaran kepada pelajar untuk mengambil barang di asrama/sekolah semasa PKPP. Pihak sekolah akan membenarkan kehadiran seorang waris dan seorang pelajar sahaja utk mengambil barang di asrama mengikut tarikh dan masa seperti di bawah. Semasa melapor untuk masuk tuan/puan perlu memakai mask, berhenti untuk mendaftar, mengambil suhu badan dan juga menggunakan pembersih kuman. Hanya pelajar shj dibenarkan masuk ke asrama dan waris menunggu di kereta. Sila kosongkan almari asrama

Masa asrama dibuka ialah mulai 9.00 pg hingga 2.00 ptg shj.

Hari, tarikh dan tingkatan terlibat adalah seperti berikut:

  1. Isnin 15/6/2020 – Semua pelajar tingkatan 1.
  2. Selasa 16/6/2020 – Semua pelajar tingkatan 2.
  3. Rabu 17/6/2020 – Semua pelajar tingkatan 3.
  4. Khamis 18/6/2020 – Semua pelajar tingkatan 4.

Pelajar tingkatan 5 dan STAM tidak perlu mengambil barang kerana sekolah akan dibuka untuk semua pelajar ini pada 24 Jun 2020 nanti.

Penyelia dan warden asrama bertugas akan berada di sekolah utk membantu dan menyelesaikan masalah tuan/puan. Mohon patuhi SOP PKPP.