Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 (2020), Tingkatan 5 (2021) dan STAM Sesi Persekolahan tahun 2021.

  1. Sukacita dimaklumkan kepada semua waris dan pelajar tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 (2020), Tingkatan 5 (2021) dan STAM sesi persekolahan tahun 2021, pendaftaran persekolahan akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di bawah. Pendaftaran ini mengambilkira pengistiharan PKPB di negeri Kedah dan pihak sekolah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Sehubungan dengan itu, semua waris dan pelajar perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti berikut:
    • Waris dan murid yang hadir hendaklah mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tidak dibenarkan untuk hadir lebih awal kerana ianya akan menyebabkan kesesakan dan juga adalah sukar untuk menjaga penjarakan fizikal.
    • Semua waris yang hadir hendaklah mencatatkan kehadiran atau imbas kod my sejahtera dan mengambil saringan suhu badan di pintu masuk sekolah.
    • Tuan/Puan hendaklah memastikan anak benar-benar sihat untuk bersekolah. Sekiranya catatan suhu melebihi 37.5, tuan/puan perlu membawa anak pulang.
    • Semua waris dan pelajar yang hadir perlu memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
    • Hanya seorang waris sahaja yang hadir untuk seorang pelajar.
    • Untuk semua pelajar tingkatan 1, hanya seorang waris dan pelajar sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
    • Untuk pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan STAM, waris hanya perlu menghantar murid masuk dan waris tidak dibenarkan turun daripada kenderaan. Urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pelajar sahaja.
    • Waris pelajar yang berulang (Tingkatan 4, 5 dan STAM) hendaklah menunggu di luar kawasan sekolah dan setelah selesai pendaftaran, waris boleh membawa anak pulang dan hadir bersekolah pada keesokan harinya.
    • Sila patuhi arahan meletak kenderaan yang akan dipamerkan dan patuhi arahan daripada Unit Keselamatan sekolah yang bertugas pada ketika itu.
    • Pakaian pelajar semasa pendaftaran ialah pakaian sekolah yang lengkap.
    • Sila patuhi juga arahan dan juga tanda-tanda arah yang ditetapkan.
    • Urusan pada hari berkenaan dikhususkan untuk pembayaran yuran Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan PIBG, pembelian alatulis dan buku sekolah, Manakala pelajar yang mendapat kemudahan asrama, urusan ialah pembayaran yuran asrama, pembelian peralatan asrama dan pendaftaran masuk asrama.
  3. Sekiranya tuan/puan memerlukan surat kebenaran merentas negeri/daerah semasa berada dalam negeri PKP, sila cetak surat menggunakan link di bawah.
    • surat kebenaran merentas negeri (sedang kemaskini dan akan diupload pada 17/1/2021).
  4. Berikut adalah butir-butir pendaftaran dan mohon tepati arahan yang diberikan.

“KITA JAGA KITA”

“PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19”