Pemakluman terkini pendaftaran sekolah, pembukaan sekolah dan sesi pembelajaran sesi persekolahan tahun 2021.

  1. Sepertimana tuan/puan sedia makluman, KPM telah mengeluarkan siaran media berkenaan dengan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM seluruh negara. Atas kebimbingan peningkatan kes jangkitan Covid-19, pihak KPM telah memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara sahaja.
  2. Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
  3. Kenyataan media KPM 16 Januari 2021. Klik link berikut
  4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga mengambil tindakan yang sama untuk membatalkan pendaftaran pelajar tingkatan 1, 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2021. Sungguhpun begitu, pihak tuan/puan waris pelajar tingkatan 1 Sesi 2021 boleh hadir ke sekolah mulai esok Selasa, 19/1/2021 hingga hari Khamis, 28/1/2021 untuk membayar yuran Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dahulu berjumlah RM240.00 setahun. Bayaran-bayaran lain dan juga urusan-urusan lain akan dimaklumkan apabila pihak sekolah mendapat kebenaran daripada pihak KPM. Hanya seorang waris sahaja yang perlu hadir. Pelajar tidak perlu hadir. Sila pastikan tuan/puan memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal serta mematuhi SOP PKPB yang sedang dilaksanakan. Sila hadir pada waktu bekerja.
  5. Sesi persekolahan ini hanya akan dibuka kepada pelajar tingkatan 5 tahun 2020 dan STAM tahun 2020 sahaja. Pelajar tingkatan 5 tahun 2020 dan STAM tahun 2020 boleh melapor diri di asrama pada hari Selasa 19 Januari 2021 mulai jam 2.00 hingga 5.00 ptg. Mohon patuhi SOP yang ditetapkan dalam terbitan yang lalu.
  6. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 sesi persekolahan 2021 akan mengikuti pdpr (pengajaran dan pembelajaran di rumah) mulai hari Rabu, 20 Januari 2021 jam 8.00 pagi.
  7. Semua Pelajar tingkatan 1 dipohon untuk mengikuti makluman di telegram ting1 SMAPG 2020.

8. Pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di sekolah rendah swasta/agama dan belum mempunyai id/email KPM boleh maklum kepada pihak melalui telegram berkenaan dengan memberi nama penuh dan juga no. kad pengenalan. Pihak sekolah akan membantu pelajar mendapatkan email KPM dan seterusnya membantu pelajar mengikuti pengajian dalam google classroom. Sila rujuk terbitan kami yang terdahulu mengenai cara log in dalam google classroom.

9. Guru dan pelajar yang memerlukan surat kebenaran merentas negeri atau daerah semasa PKP, bolehlah memuat turun surat kebenaran/pengesahan di bawah untuk dilengkapkan.

9.1 Surat kebenaran merentas negeri untuk kembali ke stesen.

9.2 Surat kebenaran untuk hadir bertugas guru.

9.3 Surat kebenaran pelajar balik ke asrama.

9.4 Surat kebenaran pelajar hadir ke sekolah.

“KITAJAGAKITA”

“PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19”