Pembukaan Sekolah Sesi Persekolahan tahun 2021 (Bersemuka)

  1. Pada 19 Februari 2021, YB Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi persekolahan 2021 secara bersemuka untuk sekolah menengah ialah pada hari Ahad, 4 April 2021 untuk sekolah dalam Kumpulan A dan pada hari Isnin, 5 April 2021 untuk sekolah dalam Kumpulan B. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan pada hari Ahad, 4 April 2021.

2. Bersama-sama ini disertakan surat tarikh melapor diri ke Asrama. Klik untuk baca.

3. Sekiranya tuan/puan waris pelajar berada di luar Kedah dan memerlukan surat pengesahan untuk merentas negeri, Sila klik di sini. Sila isi dan bawa bersama semasa tujuan menghantar anak ke sekolah/asrama.

4. Jadual waktu untuk semua kelas berkuatkuasa 4 April 2021 disertakan. Sila klik untuk melihat jadual waktu.

5. Pihak sekolah memohon semua waris dan pelajar mematuhi SOP yang dikeluarkan dan juga mematuhi peraturan di bawah ini:

a.       Waris dan murid yang hadir hendaklah mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 

b.       Tidak dibenarkan untuk hadir lebih awal kerana ianya akan menyebabkan kesesakan dan juga adalah sukar untuk menjaga penjarakan fizikal.

c.       Waris tidak dibenarkan masuk ke asrama dan dewan.  Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan masuk membawa barang ke asrama.  Untuk tingkatan 1, pihak sekolah akan menempatkan AJK Biro Asrama untuk membantu.

d.       Pelajar dikehendaki membuat saringan suhu badan di dewan sekolah dan juga mengisi borang saringan Covid-19. 

e.       Semua waris hendaklah memastikan anak tuan/puan benar-benar sihat untuk bersekolah.  Sekiranya catatan suhu melebihi 37.5 celsius, tuan/puan perlu membawa anak pulang ke rumah dan menghantar semula ke sekolah setelah benar-benar sihat.

f.       Semua waris dan pelajar yang hadir perlu memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal. Urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pelajar sahaja.

g.       Sila patuhi arahan meletak kenderaan yang akan dipamerkan dan patuhi arahan daripada Unit Keselamatan sekolah yang bertugas pada ketika itu.

h.        Pakaian pelajar semasa pendaftaran ialah pakaian batik sekolah yang lengkap manakala pelajar tingkatan 1 hendaklah memakai pakaian sekolah.

i.       Pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut telah dipotong pendek sepertimana arahan sekolah.  Pihak sekolah akan membuat pemeriksaan rambut semasa mendaftar di asrama dan jika didapati masih berambutpanjang, waris hendaklah membawa anak tuan/puan ke kedai gunting dan menghantar semula ke sekolah setelah selesai.

j.      Sila patuhi arahan dan juga tanda-tanda arah yang ditetapkan.

k.      Sekiranya tuan/puan memerlukan surat kebenaran merentas negeri/daerah semasa berada dalam negeri PKP, sila cetak surat menggunakan link di atas.