Program Sekolah Terkini

  1. Program sekolah sebelum menutup tirai 2019 ialah seperti berkut:

a. 29 Disember 2019. Pendaftaran Pelajar baru tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2020. Semua pelajar ting 1 sesi 2020 yang mendapat surat tawaran dijemput untuk hadir ke majlis pendaftaran pelajar baru pada hari Ahad, 29 Disember 2019. Untuk pelajar berulang, sila bawa peralatan yg mencukupi untuk program orientasi dan menduduki asrama pada 29, 30 dan 31 Disember 2019. dan pelajar yg akan layak dpt asrama, sila bawa peralatan mencukupi utk orientasi dan utk tingggal terus di asrama. Pakaian semasa pendaftaran ialah pakaian sekolah lengkap ting 1. Tarikh tamat orientasi ialah pada 31/12/2019 jam 11.00 pg. Pelajar yg tinggal di asrama akan terus menduduki asrama, sila bawa peralatan yg mencukupi. Pelajar berulang akan dibenarkan balik. Tarikh persekolahan ialah pada 1/1/2020 (Rabu) jam 7.30 pg. Tentatif program pendaftaran adalah seperti berikut:

  • 8.00 – 9.00 pg – Pendaftaran Waris.
  • 9.00 – 9.30 – Taklimat tuan pengetua.
  • 9.30 – 10.00 – Taklimat kesihatan drpd Peg Kesihatan Daerah.
  • 10.00 – 12.00 tgh – Bayaran yuran lembaga, PIBG, Koperasi, asrama, pengambilan buku teks dan penempatan asrama.
  • 12.00tgh – 2.30 ptg – Rehat
  • 3.00ptg – Program orientasi bermula.

b. 31 Disember 2019 -Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Sesi Persekolahan 2020. Pendaftaran akan diadakan mulai jam 8.00 pg hingga 10.00 pg bertempat di bilik darjah masing-masing. Waris boleh membayar yuran PIBG dan LPS. Kekemasan dan susun atur kelas. Ambil jadual waktu. Pelajar tingkatan 4 akan menerima buku teks. Pendaftaran asrama jam 10.30 pg. Makan tengah hari penghuni asrama disediakan.

c. 1 Januari 2020 – Sesi persekolahan bermula. Ikut jadual yang diedarkan.

Keputusan Permohonan Menduduki Semula Asrama Putera/Puteri SMAP Gurun 2019

  1. Keputusan kemasukan ke asrama putera/puteri sesi persekolahan 2020 telah dipamerkan mulai hari ini 12 Disember 2019. Calon-calon yang mempunyai tunggakan yuran hendaklah menjelaskan yuran tersebut sebelum menerima tawaran ini.
  2. Pelajar yang memohon dan tidak disenaraikan di sini anggaplah permohonan tidak berjaya.
  3. Tarikh melapor diri pelajar asrama ialah pada 31 Disember 2019 mulai jam 10.00 pagi di pejabat asrama.

Keputusan Rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2020 SMAP Gurun.

1. Keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan 2020 sekolah ini telah dipamerkan mulai hari ini. Calon-calon yang berjaya, sila dapatkan surat tawaran dan borang-borang berkaitan di pejabat sekolah mulai 12 Disember 2019. Tarikh pendaftaran tingkatan 1 ialah pada 29 Disember 2019.

2. Calon-calon yang tidak berjaya sila daftar di sekolah yang lain. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan/puan untuk menghantar anak ke sekolah ini. Selamat Maju Jaya.

3. Sila klik pautan ini untuk melihat keputusan rayuan.