Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2020

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2020 pada hari ini Khamis, 20 Feb 2020. Pihak sekolah telah menyerahkan peruntukan yang diterima kepada waris dan pelajar yang layak. Syarat kelayakan ialah waris yang berpendapatan RM3 000 kebawah sahaja. Seramai 195 orang pelajar mendapat manfaat daripada pemberian wang ini. Pihak sekolah berharap para pelajar yang mendapat BAP ini menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya untuk membeli peralatan atau barangan sekolah yang penting untuk kegunaan semasa pembelajaran.

فروگرم مهرجان تسنيم الأذكياء

Salam. Untuk makluman para waris, pihak sekolah sedang mengadakan
فروگرم مهرجان تسنيم الأذكياء
Gabungan Majlis Tilawah Al-Quran, Ihtifal Ilmi dan Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah (MISS)mulai hari ini 20/2 hingga hari Sabtu 22/2/2020. Mohon kehadiran anak tuan/puan hadir memeriahkan majlis ini. Waktu kehadiran pd hari Jumaat 21/2 dan Sabtu 22/2/2020 ialah jam 0745 pg dan waktu bersurai ialah pada jam 12.00 tgh. Pakaian utk Jumaat ialah pakaian sukan utk yg menonton dan Sabtu ialah baju batik sekolah. Utk peserta pakaian mengikut kesesuaian acara. Mohon kehadiran pelajar pd hari tersebut. Harap maklum

Jamuan Akhir Tahun SMAP Gurun dan Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti 2019