Semakan Keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2019/Peperiksaan Akhir Tahun 2019.

Semakan Keputusan Pentaksiran Akhir tahun 2019 untuk tingkatan 1 dan 2 dan Peperiksaan Akhir Tahun untuk tingkatan 4 telah boleh dibuat melalui laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php . Klik pada laman berkenaan,

  1. Masukkan no KP anak tanpa sempang

2. Carian sekolah – Masukkan negeri Kedah, PPD Kuala Muda/Yan, sekolah SMA Pekan Gurun.

3. Masukkan tahun 2019.

4. Pilih peperiksaan – Peperiksaan Akhir tahun. 5. Cetak slip keputusan atau papar markah peperiksaan.

Sedikit nasihat daripada admin, mohon galakkan anak tuan/puan membaca di musim cuti sekolah ini atau membuat latihan berterusan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi memastikan keputusan tahun hadapan adalah lebih baik dan cemerlang.

Keputusan Ujian kemasukan Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2020 SMAP Gurun

  1. Keputusan ujian kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2020 akan dipamerkan di laman ini pada hari ini 3 Disember 2019 mulai jam 8.00 pagi. SMS juga akan dihantar kepada semua waris mulai jam 8.30 pagi.
  2. Calon-calon yang berjaya, sila dapatkan surat tawaran dan borang-borang berkaitan daripada pejabat sekolah mulai jam 9.00 pagi mulai hari ini. Sila pastikan tuan/puan membuat pengesahan untuk menerima tawaran ini.
  3. Calon yang tidak berjaya, tuan/puan boleh membuat rayuan menggunakan link atau QR Code di bawah ini.

https://forms.gle/SjPnyjTeu5aF8gRW7

atau scan QR Code ini untuk ke google form rayuan