Jadual Pergerakan Balik Pelajar Asrama pada 6 Mei 2021.

Berikut adalah surat berkaitan pergerakan balik pelajar asrama pada 6 Mei 2021. Bagi memastikan SOP yang ditetapkan, mohon semua waris mematuhi masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekolah. Mohon semua waris mematuhi SOP yang dinyatakan dalam surat ini dan memakai pelitup muka.

Bagi memastikan kelancaran pergerakan masuk dan keluar asrama, disertakan pelan untuk waris masuk mengambil anak-anak mereka,

Waris yang memerlukan surat pengesahan untuk perjalanan merentas negeri bagi tujuan mengambil anak, sila wassapkan, sms atau telegram No hp (012 – 4202375), sila hantar butir-butir berikut:

  1. Nama Pelajar.
  2. Alamat tempat tingggal.
  3. Nama Waris 1 – No. KP – hubungan
  4. Nama Waris 2 – No. KP – hubungan